Semakan dan Pengesahan Kursus Untuk Penilaian Peperiksaan Akhir Semester 1, Sesi Akademik 2020/2021 

//Semakan dan Pengesahan Kursus Untuk Penilaian Peperiksaan Akhir Semester 1, Sesi Akademik 2020/2021 

Dimaklumkan bahawa Penilaian/Peperiksaan Akhir Semester I, Sesi Akademik 2020/2021 Secara Dalam Talian akan diadakan mulai 8 hingga 28 Februari 2021.
Sehubungan dengan itu, Saudara/i dimohon untuk membuat semakan senarai daftar kursus Semester I, Sesi Akademik 2020/2021 bagi tujuan Penilaian/Peperiksaan Akhir Semester melalui iStudent.
Sila pastikan segala maklumat berikut adalah betul dan tepat:
• Kod dan Nama Kursus
• Set Kumpulan Pembelajaran

SEMAKAN DAN PENGESAHAN KURSUS ADALAH MERANGKUMI SEMUA KURSUS YANG DIDAFTARKAN TERMASUK KURSUS YANG TIADA PEPERIKSAAN AKHIR.
Jika terdapat sebarang perubahan, sila maklumkan terus ke pejabat fakulti masing-masing sebelum atau pada 3 Januari 2021. Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang perubahan atau keciciran maklumat selepas jadual Penilaian/Peperiksaan Akhir Semester dipaparkan. Sebarang kemusykilan sila berhubung terus melalui Unit Peperiksaan dan Pengijazahan, Bahagian Pengurusan Akademik di talian 06-7988326/8325/8329/8335 atau melalui emel di alamat bpa@usim.edu.my.

Sekian, harap maklum.

2020-12-28T09:22:16+00:00