20th FST FUN RUN

14 Okt 2023 ; Nilai – Satu program 5km Fun Run bersempena 20 tahun penubuhan FST telah berjaya dilaksanakan. Program julung kali diadakan ini telah mendapat sambutan yang sangat baik dengan penyertaan seramai 330 peserta. Penyertaan para peserta terdiri daripada mahasiswa USIM, Alumni USIM dan termasuk orang awam.

Program telah bermula pada jam 8.00 pagi dengan senamrobik yang dikelola oleh Jabatan Belia Sukan Negeri Sembilan. Pelbagai gaya tarian zumba telah dilakukan semua peserta diikuti rentak muzik yang menarik sebagai acara pemanas badan. Setelah itu, letupan belon yang diisi dengan gas helium telah menggegarkan acara sebagai simbolik pelepasan larian (gimik ini adalah daripada staf Unit FaSTLab terlatih. Mohon tidak melakukan acara tersebut tanpa pemantauan pakar). Kesemua pengurusan tertinggi FST juga telah menyertai larian dan berjaya menamatkan larian 5km dengan sempurna. Tahniah diucapkan.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pihak Pusat Alumni dan Kerjaya, Pusat Sukan, Jabatan Keselamatan, Jabatan Belia Sukan Negeri Sembilan, Pusat Kesihatan Universiti dan pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program ini.

Penutupan program ini telah disempurnakan oleh YBrs. Prof. Ts. Dr. Mohd Ikmar Nizam Hj. Mohamad Isa, Dekan FST dengan ucapan penutup dan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Maskot FST; Tiger juga turun padang dalam program kali ini.

Semoga program sebegini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang. Majulah sukan untuk negara! Badan cergas otak cerdas!

2023-10-23T11:31:12+00:00