Fakulti Sains dan Teknologi, 26 Jun 2024 – Fakulti Sains dan Teknologi, FST USIM dan Jabatan Tenaga Atom (ATOM Malaysia), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersempena dengan Minggu Sains Negara 2024 (MSN 2024) telah menganjurkan Science Festival 2024 (SCIFest’24) pada 26 Jun 2024 yang lepas.
Bertemakan STEMagination:Exploring the Marvels of Science, SCIFeST’24 telah berjaya menarik minat pelajar sekolah dalam mendalami dan meneroka keajaiban bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) selaras dengan Dasar Sains, Teknologi, Inovasi Negara (DSTIN) 2021- 2030.
SCIFeST’24 telah berjaya menarik lebih dari penyertaan 50 sekolah dengan penyertaan seramai lebih 1000 orang pelajar sekolah rendah dan sekolah rendah seluruh Malaysia. SCIFesT’24 juga menengahkan pertandingan-pertandingan yang berjaya mengembangkan minat dan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis, keupayaan menyelesaikan masalah dan kemahiran berfikir aras tinggi seperti pertandingan Al-Khawarizmi Math Challenge, Bite-sized Bonanza: The Foodie Quiz, ChemChallenge, Roket Air, Robot Race Challenge dan Stock Savvy School Squad (4S) dengan seramai 450 orang penyertaan.
Terdapat juga pameran-pameran dan aktiviti yang bukan sahaja bertemakan STEM tetapi juga bertema Keamanan Nuklear yang selaras dengan Minggu Sains Negara 2024 bagi bulan Jun ini. Pameran dan aktiviti yang diurusetiakan oleh lebih 200 staf dan pelajar FST ini juga telah memperkenalkan 7 program dan FASTLab yang terdapat di FST.
Gambar 1: Tetamu kehormat dan hadirin pada Majlis Penutup SCIFeST’24
Gambar 2: Naib Canselor USIM melawat bas pameran Pusat Sains Negara