USIM Edu-STREAM Carnival by FST

/, Student Activities, Uncategorized/USIM Edu-STREAM Carnival by FST

11 Oktober 2023 ; Kedah – Fakulti Sains dan Teknologi telah berjaya menganjurkan USIM Edu-STREAM Carnival di Maktab Mahmud Alor Setar (MMAS). Karnival ini bertujuan untuk memupuk minat STEM dalam kalangan warga murid sekolah supaya lebih cenderung memilih bidang Sains dan Teknologi di peringkat pengajian tinggi mereka.

Seramai 250 orang murid telah terlibat dan menyertai karnival ini. Antara program yang telah dianjurkan adalah STEM Career Talk oleh En Farid Ishak, Pegawai Tadbir Stracomm, Lecture Demonstration bertajuk Gasseous Around Us oleh Dr. Syaza Azhari, Pensyarah Kanan FST. Selain itu, terdapat juga aktiviti Explorace : “Experience Life with Science” di mana setiap checkpoint adalah merangkumi tugasan berkonsepkan Sains dan Teknologi. Lebih menarik lagi, terdapat juga STEM Workshop yang dianjurkan agar peserta dapat melakukan sendiri pembangunan produk seperti pembuatan minyak wangi, shrink art dan slime.

Keseluruhan aktiviti mendapat kerjasama yang baik daripada pengurusan MMAS. Tidak lupa juga kepada SugarBomb yang turut menyertai karnival ini dalam STEM workshop.

2023-10-20T11:38:03+00:00