10 Jun 2020 – Fakulti Sains Teknologi telah menjalankan Mesyuarat Ahli Lembaga Penubuhan Program Pengajian Sarjana Muda Teknologi Dengan Kepujian (Teknologi Industri Kesihatan) di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 2, FST. Mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) USIM, Prof. Dr. Abdul Rahim Abdul Rahman dan disertai oleh pakar-pakar dari pelbagai universiti termasuk USIM sendiri.