Roadshow TNCPI berkaitan Strategi Peningkatan Penarafan Bintang MyRA 2023

///Roadshow TNCPI berkaitan Strategi Peningkatan Penarafan Bintang MyRA 2023

FST | 21 September 2023 – Pihak FST menerima kunjungan daripada TImbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi (TNCPI), Prof. Dato’ Dr. Muhammad Tauffik Mohd Noor berkaitan strategi yang perlu direncana oleh pihak FST khususnya untuk pelan tindakan peningkatan penarafan bintang  MyRA USIM 2023.

Sebagai makluman, USIM mendapat penarafan 4 bintang MyRA semenjak 2017. MyRA® adalah instrumen yang mengukur input, output, outcome dan impak Pembangunan, Penyelidikan, Pengkomersilan & Inovasi (RDCI). Data RDCI yang lengkap dan menyeluruh daripada setiap IPT adalah penting dalam membantu pihak Pengurusan Tertinggi untuk membuat keputusan dan merangka hala tuju Kementerian dan dasar Pendidikan Tinggi Negara.

Semoga hasrat dan pelan tindakan yang telah dirancang mendapat sokongan dan usaha sama daripada semua pihak.

2023-09-21T17:06:12+00:00