PROGRAM KOMUNITI PINTAR HEPA – ANJURAN PUSAT ALUMNI & KERJAYA USIM (23 OGOS 2019)

//PROGRAM KOMUNITI PINTAR HEPA – ANJURAN PUSAT ALUMNI & KERJAYA USIM (23 OGOS 2019)

Pusat Alumni & Kerjaya USIM telah menganjurkan Program Komuniti Pintar HEPA pada 23 Ogos lalu dengan menjemput seramai 3 orang pensyarah FST iaitu Prof. Emeritus Dr. Jalani Sukaimi (slot motivasi), Prof. Madya Dr. Azwani Sofia Ahmad Khiar (Slot Sains dalam kehidupan) dan Dr. Muhammad Zamir  Othman (slot FastLab) sebagai tetamu jemputan.

Dengan pengalaman serta pengetahuan yang luas daripada pensyarah-pensyarah ini diharapkan pelajar daripada SMK Izzudin Shah, Ipoh Perak ini dapat mengambil nilai-nilai murni serta semangat yang diserapkan untuk bekalan serta panduan di masa hadapan.

Kepada pensyarah FST yang terlibat jasa dan ilmu yang dicurahkan hanya Allah S.W.T yang mampu membalasnya, dan diharapkan perkongsian ilmu tidak hanya berhenti di sini dan sentiasa membantu apabila diperlukan.

2019-08-25T14:10:20+00:00