Penghasilan pelindung muka (face shield) untuk petugas kesihatan

//Penghasilan pelindung muka (face shield) untuk petugas kesihatan

Fakulti Sains Teknologi, USIM mengambil inisiatif untuk menghasilkan pelindung muka untuk petugas barisan hadapan memerangi wabak koronavirus (Covid-19). Projek ini diketuai oleh Dr. Mohd Ifwat Mohd Ghazali dan dibantu oleh pensyarah lain iaitu Dr. Muhammad Zamir Othman, Dr. SM Shahrul Nizan Shikh Zahari, Dr. Azira Khalil, Dr. Mohd Azrul Mohd Yunus, Dr. Sofina Tamam dan Siti Nazurah Md Jusoh. Pengedaran pelindung muka diserahkan ke hospital berdekatan termasuklah Hospital Tunku Jaafar Seremban dan Hospital Ampang.

2020-07-01T10:03:39+00:00