PELAJAR SARJANA FST DILULUSKAN NAIK TARAF KE PERINGKAT DOKTOR FALSAFAH

//PELAJAR SARJANA FST DILULUSKAN NAIK TARAF KE PERINGKAT DOKTOR FALSAFAH

18 Jun 2020 – Nilai, Negeri Sembilan.

Mesyuarat Senat Universti Sains Islam Malaysia (USIM) Kali Ke-116, Bil.2/2020 pada hari ini telah meluluskan permohonan naik tarif seorang pelajar pasca siswazah Fakulti Sains & Teknologi (FST) daripada peringkat Sarjana ke peringkat Doktor Falsafah.

Muhammad Harith Noor Azam merupakan alumni Sarjana Muda USIM yang mengikuti pengajian dalam bidang Keselamatan & Jaminan Maklumat. Beliau telah menamatkan pengajian pada tahun 2018. Beliau kemudiannya telah menyambung pengajian dalam bidang yang sama (secara khusus: Audio Steganography) bermula Semester I, Sesi Akademik 2018/2019.

Harith yang kini di semester ke-4 pengajian peringkat Sarjana beliau merupakan pelajar FST yang pertama diluluskan untuk naik taraf pengajian. Penyelia penyelidikan beliau adalah Prof. Madya Dr. Farida Hazwani Binti Mohd Ridzuan dan Dr. M Norazizi Sham Bin Mohd Sayuti (Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina).

Harith telah membentangkan penyelidikan beliau di IEEE Conference on Applications, Information and Network Security 2019 (AINS 2019), dan 2nd International Conference on Recent Advancements in Science and Technology (iCORAST) 2019.

Permohonan naik taraf beliau pada awalnya telah disokong oleh Jawatankuasa Jawatankuasa   Penukaran   Ijazah Doktor Falsafah (JKPID) peringkat FST pada 27 Disember 2019. Usul lanjut kemudiannya telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengajian Siswazah Universiti (JKPU) Kali Ke-85, Bil.1/2020 pada 23 Januari 2020. Proposal beliau kemudiannya telah disemak oleh penilai luar; Prof. Ts. Dr. Rabiah Ahmad daripada Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan telah disokong untuk naik taraf. Mesyuarat JKPSU Kali Ke-86, Bil.2/2020 pada 6 April 2020 telah memperaku permohonan pelajar untuk dibentangkan ke Mesyuarat Senat Universiti. Mesyuarat Senat Universti Kali Ke-116, Bil.2/2020 pada 18 Jun 2020 kemudiannya telah meluluskan permohonan pelajar untuk naik taraf pengajian.

2020-07-01T10:04:17+00:00