Sarjana Muda Teknologi Industri Kesihatan dengan Kepujian

/Sarjana Muda Teknologi Industri Kesihatan dengan Kepujian
Sarjana Muda Teknologi Industri Kesihatan dengan Kepujian 2021-12-22T12:29:04+00:00

KEUNIKAN PROGRAM TEKNOLOGI INDUSTRI KESIHATAN

  1. Yang pertama seumpamanya di USIM
  2. Menggunakan kaedah ’Apprenticeship’ yang mana pelajar akan belajar bukan sahaja di universiti, malah di industri.
  3. Menjalani pengajian di kampus selama 2 tahun manakala pengajian di industri selama 1 tahun.
  4. Latihan Industri (LI) selama 1 semester pengajian.
  5. Pengajaran akan banyak menggunakan kaedah pengajaran berasaskan kerja Work Based Learning (WBL) yang akan memberi pendedahan terhadap cara kerja industri dengan lebih mendalam

Objektif Program

  1. Melahirkan graduan yang bersedia dengan kehendak industri.
  2. Kerjasama Universiti – Industri terutama dalam latihan industri dan MoU
  3. Penglibatan Industri dalam pembangunan kurikulum

Peluang Kerjaya

Graduan Teknologi Industri Kesihatan mempunyai pelbagai peluang pekerjaan samada dalam sektor swasta mahupun kerajaan, di mana mereka boleh menggunakan pengetahuan dan menggunakan kemahiran menyelesaikan masalah. Antara peluang kerjaya yang boleh diceburi oleh graduan adalah Eksekutif Perubatan Peranti Halal, Pengawal Selia Perubatan, Penyelidik, Pakar Perunding Peralatan Perubatan, Auditor Perubatan, Pakar Peralatan, Pengurus Kemudahan Perubatan dan juga menceleburi dalam bidang pendidikan.

2021/2022

Malaysian Board of Technologist mengiktiraf program ini dengan menetapkan garis panduan yang tepat bagi graduan progam ini keluar sebagai seorang ahli teknologi.