Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian (Keselamatan dan Jaminan Maklumat)

/Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian (Keselamatan dan Jaminan Maklumat)
Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian (Keselamatan dan Jaminan Maklumat) 2021-10-18T14:28:16+00:00

Sains komputer adalah bidang yang harus dikembangkan dalam rangka meningkatkan ilmu pengetahuan dan teknologi maklumat dalam tekno-sosial-ekonomi pendidikan dan pembangunan penyelidikan. Manfaatnya adalah untuk mempercepat akumulasi, pemprosesan dan analisis serta penyebaran maklumat dapat dilakukan dengan cekap dan tepat. Hal ini akan memberikan kesan yang signifikan terhadap perkembangan tekno-sosial-ekonomi dan kestabilan negara, terutama dalam menghadapi persaingan melalui industri pembuatan dan perdagangan antarabangsa serta globalisasi. Malangnya, intrusi dalam industri komputer tampaknya menjadi fenomena yang biasa dialami oleh organisasi. Dengan demikian, komputer dan jaminan keselamatan maklumat amat penting untuk semua organisasi kerajaan, swasta dan orang perseorangan.

Objektif Pendidikan Program

Program Keselamatan dan Jaminan Maklumat akan menghasilkan Pengamal Saintis Komputer yang:

PEO1: dapat menggunakan pengetahuan, prinsip dan kemahiran dalam Sains Komputer bagi menyelesaikan masalah secara kritis selari dengan prinsip-prinsip Islam bagi menyumbang kepada pembangunan ummah, negara dan kemajuan dunia sejagat. (LO1, LO6).
PEO2: mahir dalam matematik, kemahiran saintifik dan teori pengetahuan pengkomputeran bagi menganalisa, membuat permodelan, merekabentuk, membangunkan dan menilai penyelesaian pengkomputeran melalui pemahaman antara teori dan praktikal Sains Komputer. (LO2).
PEO3: mampu berkomunikasi, memimpin, bekerja dalam pasukan serta mempunyai kesedaran sosial, etika mengikut syariah Islam. (LO3, LO4, LO5).

PEO4: mampu membangunkan kerjaya dan penyelidikan melalui penerokaan peluang perniagaan melalui pembelajaran sepanjang hayat untuk pembangunan ummah (LO7, LO8).

Hasil Pembelajaran Program

Pada akhir program ini, pelajar akan mampu

PLO1: memperoleh dan menggunakan pengetahuan melalui konsep, prinsip dan teori berkaitan dengan Sains Komputer khususnya dalam Keselamatan dan Jaminan Maklumat (LO1)
PLO2: mengenalpasti masalah, menganalisa, merekabentuk serta melaksanakan penyelesaian melalui pengaturcaraan komputer. (LO2)
PLO3: mempamerkan kemahiran dan tanggungjawab sosial. (LO3)
PLO4: mempraktikan nilai-nilai etika, profesionalisme dan kemanusiaan yang baik berteraskan integrase ilmu Naqli dan Aqli. (LO4)
PLO5: berkomunikasi, memimpin dan kerja berpasukan secara efektif. (LO5)
PLO6: menggunakan penaakulan saintifik dalam penyelesaian masalah secara kritis. (LO6)
PLO7: memperoleh dan menyebarkan maklumat ICT dan melibatkan diri dalam pembelajaran sepanjang hayat dan pengurusan maklumat. (LO7)
PLO8: menggunakan kemahiran pengurusan dan keusahawanan (LO8)

Objektif Pendidikan Program (PEO)

Program Keselamatan dan Jaminan Maklumat akan menghasilkan Pengamal Saintis Komputer yang:

PEO1: Dapat menggunakan pengetahuan, prinsip dan kemahiran dalam Sains Komputer bagi menyelesaikan masalah secara kritis selari dengan prinsip-prinsip Islam bagi menyumbang kepada pembangunan ummah, negara dan kemajuan dunia sejagat. (LO1, LO2)
PEO2: Mahir dalam matematik, kemahiran saintifik dan teori pengetahuan pengkomputeran bagi menganalisa, membuat permodelan, merekabentuk, membangunkan dan menilai penyelesaian pengkomputeran melalui pemahaman antara teori dan praktikal Sains Komputer. (LO3, LO6, LO7)
PEO3: Mampu berkomunikasi, memimpin, bekerja dalam pasukan serta mempunyai kesedaran sosial, etika mengikut syariah Islam. (LO4, LO5, LO8, LO11)
PEO4: Mampu membangunkan kerjaya dan penyelidikan melalui penerokaan peluang perniagaan melalui pembelajaran sepanjang hayat untuk pembangunan ummah. (LO9, LO10)

Hasil Pembelajaran Program (PLO)


Pada akhir program ini, pelajar akan mampu:
PLO1: Memperoleh dan menggunakan pengetahuan melalui konsep, prinsip dan teori berkaitan dengan Sains Komputer khususnya dalam Keselamatan dan Jaminan Maklumat.
PLO2: Mengenalpasti masalah, menganalisa, merekabentuk serta melaksanakan penyelesaian melalui pengaturcaraan komputer.
PLO3: Mempraktikkan amali dalam bidang Sains Komputer.
PLO4: Mempunyai kebolehan bekerjasama secara berpasukan dan menyesuaikan diri dengan persekitaran dan budaya yang berbeza.
PLO5: Mempunyai kebolehan untuk menyampaikan maklumat secara lisan atau bertulis secara efektif.
PLO6: Mempunyai kebolehan menggunakan teknologi digital untuk mendapatkan sumber maklumat.
PLO7: Mempunyai kebolehan untuk menghubungkaitkan data saintifik dan analisis numerikal.
PLO8: Mempunyai sikap kepimpinan dan akauntabiliti sosial untuk membuat keputusan dalam sebuah pasukan.
PLO9: Mendapatkan dan menyebarkan maklumat saintifik yang berkaitan dengan ICT serta mengamalkan konsep pembelajaran sepanjang hayat.
PLO10: Mempunyai kemahiran keusahawanan serta mampu mencari peluang dan memulakan rancangan perniagaan.
PLO11: Mempamerkan kesedaran dan mempraktikan nilai-nilai etika, profesionalisme serta kemanusiaan yang baik berteraskan integrasi ilmu Naqli dan Aqli.

Lulusan dalam bidang ini boleh menyertai industri komunikasi, multimedia, telekomunikasi, kewangan, perbankan, keselamatan, dana, dana perwalian, takaful, insurans, pengurusan, perdagangan, fabrikasi komputer, perisian, teknologi maklumat, perundingan, perlombongan, pengangkutan (darat, laut dan udara). Selain itu, mereka juga boleh menjadi pengusaha, pemegang francais atau bekerja di sektor awam.

2016/2017
2017/2018
2018/2019
2019/2020
2020/2021
2021/2022