Majlis Apresiasi dan Kecemerlangan FST 2021 (HaFluFAST ’21)

//Majlis Apresiasi dan Kecemerlangan FST 2021 (HaFluFAST ’21)

Pada 17 Februari 2022, telah berlangsung Majlis Apresiasi dan Kecemerlangan FST 2021 (HaFluFAST ’21) bagi menghargai jasa dan bakti staf fakulti bagi tahun 2021. Majlis telah disempurakan oleh YBhg. Prof. Dr Rosalina Abdul Salam dan turut memeriahkan majlis, kehadiran YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohamed Ridza Wahiddin, Naib Canselor USIM yang turut merupakan salah seorang warga FST.

Majlis ini melibatkan keseluruhan staf fst dalam kalangan staf akademik, pentadbiran dan staf makmal seramai 137 orang. Seramai 27 staf telah dianugerahkan dalam pelbagai kategori anugerah yang ditawarkan dan terdapat juga 36 cabutan bertuah yang diberikan sepanjang majlis berlangsung. Majlis dijalankan secara dalam talian dimulakan pada jam 2.30 petang dan tamat pada jam 3.30 petang.

Semoga dengan penganjuran majlis ini, dapat menambah semangat keseluruhan warga FST supaya menyumbang kepada pembangunan FST dan USIM secara umumnya.

Tahniah buat semua!

2022-05-19T08:34:46+00:00