21 Januari 2021- Fakulti Sains Teknologi telah menganjurkan Program CEO Talk @ Faculty with McDonald’s Malaysia. Program ini adalah inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi dimana menempatkan CEO-CEO yang berjaya didalam industri untuk berkongi ilmu dan pengalaman kepada pelajar-pelajar universiti. Program ini telah dijayakan oleh En Azmir Jaafar, Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia serta Puan Melati Abd Hai, Chief Marketing Officer McDonald’s Malaysia, Puan Norzalina Mohammad, Pengurus Jaminan Kualiti, Encik Zaid Hasman, Pengarah Kanan Penglibatan Digital Pelanggan dan Cik Zarina Osman, Pengarah Kanan Sumber Manusia. Program ini telah dirasmikan oleh Dekan FST, Prof. Rosalina Abdul Salam.