Aktiviti Pelajar FST sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

///Aktiviti Pelajar FST sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

Berikutan wabak pandemik Covid-19, pihak kerajaan telah mengarahkan Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Kesemua aktiviti pelajar yang melibatkan pengumpulan orang ramai telah dibatalkan. Namun ini tidak menghalang pelajar FST yang diterajui oleh Sekretriat Fakulti Sains Teknologi (SekreFaST) serta setiap program Student Society untuk menjalankan aktiviti. Berikut adalah antara aktiviti yang telah dijalankan.

  1. Voice Out on Air
  • Program bual bicara yang mengetengahkan isu-isu semasa yang berakademik dan umum.
  • Siaran langsung di platform instagram SekreFaST USIM (@sekrefast_usim).
  1. SeeKnowFast on Air
  • Kaedah pelaksanaan sama seperti Voice Out On Air tetapi topik/isu semasa yang dibincangkan lebih mengetengahkan hal ehwal agama dan kerohanian.
  1. Video Pendek ML Studio
  • Program perkongsian ilmu dan pengetahuan oleh ahli-ahli SekreFaST dalam bentuk video selama kurang daripada 10 minit seperti yang dilakukan oleh ML Studio.
  • Isi berkaitan isu semasa, bedah buku dan perkongsian pendapat.
  • Video ini akan dimuat naik ke dalam Feed@Instagram dan IGTV@Instagram SekreFaST USIM dua bulan sekali bergantung kepada kepadatan program.
  1. Program Motivasi ‘Refresh Our Mind’
  • Memberi motivasi dan kesedaran tentang kepentingan jurusan Fizik Gunaan dalam industri luar dan dalam negara.
  • Melahirkan mahasiswa yang dapat mempraktikkan ilmu yang dipelajari dalam jurusan Fizik Gunaan di luar kelas supaya dapat bersaing dengan mahasiswa universiti lain.
  • Memberi persediaaan kepada mahasiswa terhadap kelas diatas talian sepanjang pandemik wabak Covid 19.
  • Dapat melahirkan mahasiswa yang seimbang dari sudut pengetahuan khususnya dalam integrasi ilmu naqli dan aqli.
2020-12-14T13:43:13+00:00