MAJLIS TAARUF PELAJAR BAHARU FST SESI 2019/2020 – 6 SEPTEMBER 2019

//MAJLIS TAARUF PELAJAR BAHARU FST SESI 2019/2020 – 6 SEPTEMBER 2019

Pada 6 September 2019 yang lalu telah diadakan Majlis Taaruf bagi pelajar baharu FST sesi 2019/2020 bertempat di Dewan Tuanku Canselor, USIM.

Seramai 340 pelajar telah mendaftar di Fakulti Sains dan Teknologi dengan pecahan kepada 6 Program iaitu program Bioteknologi Makanan, Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko, Sains Komputer (Keselamatan dan Jaminan Maklumat), Matematik Kewangan, Fizik Gunaan dan Teknologi Kimia Industri.

Diharapkan pelajar-pelajar ini sentiasa cemerlang dalam meneruskan misi sebagai pelajar yang gemilang dari segi akademik mahupun sahsiah serta mengharumkan nama baik ibu bapa, fakulti serta diri sendiri.

2019-09-10T10:10:02+00:00