Majlis Kecemerlangan Staf FST 2019

//Majlis Kecemerlangan Staf FST 2019

14 Februari 2020 – Majlis Kecemerlangan Staf FST anjuran Biro Kebajikan FST telah berlangsung bertempat di Nilai Springs Resort, Nilai. Majlis ini adalah untuk meraikan staf-staf fakulti termasuk staf akademik, staf pentadbiran serta staf makmal. Seramai 80 orang hadir memeriahkan majlis ini. Seramai 22 orang staf yang diberi penghargaan kerana berjaya mendapat markah LNPT melebihi 95%. Selain itu, Anugerah Khas juga telah dinobatkan dalam kalangan staf akademik, pentadbiran dan makmal mengikut kategori masing-masing. Anugerah Khas diukur berdasarkan penglibatan serta pencapaian dalam mengikuti aktiviti yang dianjurkan pada peringkat fakulti, universiti, kebangsaan serta antarabangsa. Majlis disempurnakan oleh Dekan FST, Prof, Rosalina Abdul Salam.

2020-02-18T09:15:20+00:00