HARI TA’ARUF FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI SESI AKADEMIK 2021/2022

///HARI TA’ARUF FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI SESI AKADEMIK 2021/2022

Hari Ta’aruf bagi pelajar tahun 1 sesi 2021/2022 Fakulti Sains & Teknologi telah berjaya dijalankan pada hari Ahad (10 Oktober 2021) secara dalam talian anjuran Pengurusan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) dengan kerjasama Sekretariat Pelajar Fakulti Sains & Teknologi (SekreFaST) sesi 2021/2022 melalui medium Microsoft Teams Live Event.
Sekalung penghargaan buat alumni FST 2020 (Nur Ain Hannani Hamid) serta alumni FST 2018 iaitu Hadi Imran & Nur Husna Ismail yang sudi menjayakan rakaman perkongsian nasihat dan pedoman buat pelajar baharu tahun 1 FST sesi akademik 2021/2022. Moga bermanfaat. ✨
📽 https://youtu.be/jxI35rgL5Zs
Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi hadir bagi memeriahkan lagi Taaruf kali ini. Diharapkan semua yang menyertai program ini akan terus maju jaya dan menjadikan matlamat diri supaya lebih jelas✨.

“Merintis Transformasi, Merealisasi Impian”

HEPA & SEKRETARIAT PELAJAR FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI 2021/2022
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

2021-10-13T16:02:13+00:00