19 & 20 Dis 2023 ; FST – Alhamdulillah, FST telah selesai menyambut sambutan 20 Tahun FST sepanjang tahun ini dan kemuncaknya adalah pada 19 dan 20 Disember 2023 telah berlangsungnya SCITEX@20th FST. Sambutan yang sangat meriah dengan penyertaan sebanyak 64 penyertaan bagi 3 kategori; kategori pensyarah, pelajar siswazah dan sekolah. Lebih meriah lagi, program ini dijalankan di hadapan Bangunan FST secara terbuka.
Hari pertama adalah hari bagi penilaian oleh juri berkaitan penyelidikan daripada peserta manakala hari kedua adalah hari pengumuman pemenang. Semasa aktiviti penjurian berlangsung, banyak juga aktiviti yang berlangsung di pentas utama seperti gimik sambutan 15 tahun Program Fizik Gunaan dan Teknologi Kimia Industri, Perkongsian Isu Semasa Palestin oleh Pelajar Palestin FST, Forum Berkaitan Hala Tuju Pengajian, Lecture Demonstration oleh Unit FastLab, Innovation Talk dan sebagainya.
Program ini dimeriahkan juga dengan pembukaan booth oleh setiap program pengajian di FST dengan menonjolkan aktiviti mereka bagi menggalakkan minat dan memberi kefahaman kepada umum berkaitan program mereka. Selain daripada itu, terdapat juga pembukaan pemeriksaan kesihatan oleh Program Teknologi Industri Kesihatan dengan harga yang sangat berpatutan. Turut memeriahkan program pembukaan Food Truck.
Alhamdulillah, majlis penutupan ini telah dirasmikan oleh Naib Canselor USIM, YBhg Profesor Dato Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani. Turut hadir bersama adalah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), YBhg. Profesor Dato Dr. Muhammad Tauffik Mohd Nor. ‘
Semoga FST terus maju dengan penyelidikan dan kaya dengan inovasi-inovasi terbaharu pada masa akan datang.