Prinsip kimia membentuk asas untuk kebanyakan proses dan produk. Sejajar dengan itu, program ini direkabentuk untuk menyiapkan graduan yang memenuhi keperluan industri dan mampu untuk menjalankan projek berorientasikan industri. Graduan secara amnya dilengkapkan dengan pengetahuan di dalam bidang unit operasi dan proses kimia, asas kimia, matematik dan statistik, dasar dan latihan di dalam bidang persekitaran, kesihatan dan keselamatan, sistem proses dan kawalan serta instrumentasi makmal untuk membantu graduan memahami operasi industri kimia moden.
Setelah menamatkan pengajian, graduan akan menjadi:
- PEO1: Ahli teknologi kimia yang mempunyai pengetahuan, pemahaman dan pengalaman teknologi serta kemahiran praktikal yang menyumbang ke arah perkhidmatan dan produk berkualiti kepada industri berkaitan kimia, agensi swasta dan organisasi kerajaan (PLO1, PLO2).
- PEO2: Ahli teknologi kimia yang memimpin dalam menyelesaikan masalah sosial dan persekitaran secara berpasukan dengan beretika dan profesional melalui komunikasi secara berkesan (PLO3, PLO4, PLO5, PLO6).
- PEO3: Ahli teknologi kimia yang meningkatkan pengetahuan dalam pengurusan informasi saintifik secara berterusan bagi meneroka peluang keusahawanan dalam industri berkaitan kimia (PLO7, PLO8).
Setelah selesai pengajian, pelajar perlu berupaya untuk:
- PLO1: Mengaplikasi pengetahuan kimia dalam industri berkaitan kimia.
- PLO2: Menjalankan eksperimen, mengendalikan peralatan makmal dan menginterpretasi data.
- PLO3: Mempunyai akauntabiliti sosial sebagai seorang yang terpelajar.
- PLO4: Menunjukkan nilai murni, etika, profesionalisme dalam tugas yang berkaitan dengan bidang Kimia Industri serta mengintegrasikan dengan ilmu naqli dan aqli.
- PLO5: Mempamerkan kemahiran berkomunikasi dengan baik serta kemahiran kepimpinan dan bekerjasama dalam pasukan dalam pembangunan industri berkaitan kimia.
- PLO6: Menyelesaikan masalah secara kritikal dan menganalisa impak penyelesaian secara saintifik.
- PLO7: Memperoleh dan menyampaikan maklumat saintifik yang berkaitan dengan bidang teknologi kimia industri di samping mempamerkan kebolehan pembelajaran sepanjang hayat.
- PLO8: Mempamerkan kemahiran pengurusan yang menjurus ke arah keusahawanan dalam industri berkaitan kimia.
Selepas menamatkan pengajian, pelbagai peluang pekerjaan yang boleh dipilih samada di dalam sektor swasta mahupun kerajaan dimana mereka boleh mengaplikasikan pengetahuan kimia dan teknik penyelesaian masalah yang luas. Sebagai graduan program ini, graduan terbuka untuk memasuki pelbagai posisi di dalam industri seperti agrokimia, bioteknologi, farmaseutikal, geokimia, logam dan mineralogi, minyak dan gas, kesihatan dan pemakanan, pembuatan dan penghasilan tenaga. Mereka juga boleh bekerja di dalam sektor seperti kejuruteraan, pendidikan, penulisan teknikal, perisian komputer dan peralatan, dasar kerajaan dan akta, sains forensik dan makmal industri.