Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko)

/Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko)
Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko) 2021-12-22T11:54:57+00:00

Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko boleh didefinisikan sebagai sains gunaan, khusus memberi fokus ke atas matematik dan statistik, ekonomi dan kewangan untuk menyelesaikan permasalahan kewangan yang melibatkan ketidakpastian dalam nilai. Pengetahuan sains aktuari akan menggunakan skil matematik dan kemahiran menghitung untuk mengenalpasti, menganalisis, dan menyelesaikan permasalahan dalam perniagaan dan sosial. Mereka yang ingin mengikuti program ini mestilah mempunyai minat dan kebolehan yang mendalam dalam matematik.

Oleh itu, program Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko berhasrat melahirkan pengamal aktuari dan pengurus risiko yang akan:

PEO1: Dapat menggabungkan pengetahuan (LO1) dan kemahiran praktikal (LO2) dalam bidang Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko untuk memberikan perkhidmatan kepada negara dan masyarakat (LO1, LO2);
PEO2: Berkebolehan dalam memimpin (LO5), kerja berpasukan (LO5), berkemahiran sosial (LO3), kebolehan berkomunikasi secara berkesan (LO5) dan berpengetahuan untuk menyelesaikan masalah secara pemikiran kritis dan saintifik (LO6) (LO3, LO5, LO6);
PEO3: Sentiasa berusaha meningkatkan pengetahuan sepanjang hayat (LO7), mempunyai kemahiran pengurusan yang baik (LO8) dan berkebolehan mengenalpasti peluang keusahawanan (LO8) dalam industri Sains Aktuari, Pengurusan Risiko dan yang berkaitan (LO7, LO8);
PEO4: Mengamalkan nilai-nilai etika dan profesional dalam kerjaya (LO4).
Pada akhir program ini, pelajar mampu untuk:

PO1: Mendapatkan serta menggunakan ilmu pengetahuan teras dan lanjutan dalam bidang Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko (LO1);
PO2: Berkemahiran praktikal dalam bidang tertentu, serta menganalisis dan menginterpretasikan data untuk kegunaan kajian dalam bidang Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko (LO2);
PO3: Mempunyai akauntabiliti sosial sebagai seorang yang terpelajar serta bertanggungjawab (LO3);
PO4: Menegakkan etika dan tanggungjawab profesional secara komited serta mengintegrasikan dengan ilmu Naqli dan Aqli (LO4);
PO5: Berkomunikasi secara berkesan serta dan menunjukkan kemahiran kepimpinan dalam persekitaran kerja berpasukan (LO5).
PO6: Berfikir secara kritis dalam mengenalpasti, menganalisis dan menyelesaikan masalah dengan menggunakan teknik yang sesuai (LO6);
PO7: Mendapatkan dan menyebarkan maklumat saintifik yang berkaitan dengan bidang Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko serta menunjukkan kemahuan untuk pembelajaran sepanjang hayat (LO7);
PO8: Berkemahiran dalam bidang keusahawanan dan pengurusan serta mengaplikasikannya (LO8);
Pelajar adalah digalakkan untuk mengambil peperiksaan profesional, samada yang di anjurkan oleh Persatuan Aktuari di USA, Australia atau Kanada, atau Institut Aktuari di England, atau Fakulti Aktuari di Scotland. Mereka yang mempunyai kelayakan profesional akan lebih mudah di ambil bekerja dan mempunyai peluang yang lebih baik untuk mendapat gaji yang lebih tinggi.

Siswazah dalam bidang ini boleh memasuki industri takaful dan insuran, konsultansi, dana, sekuriti, stok, kewangan, perbankan, pemasaran, reinsuran, pelaburan, kapitalisasi, kesihatan, pengangkutan (darat, laut dan udara), perlombongan, minyak, perniagaan dan syarikat multinasional. Mereka juga boleh menjadi usahawan, pemegang francis atau bekerja di sektor awam (seperti di bank pusat, hasil dalam negara, kumpulan kewangan, trustee awam, atau pendidikan).

2016/2017
2017/2018
2018/2019
2019/2020
2020/2021
2021/2022