Karnival Sukan Bola Sepak dan Badminton FST (GAMEFAST ’20)

///Karnival Sukan Bola Sepak dan Badminton FST (GAMEFAST ’20)

Fakulti Sains dan Teknologi, USIM telah menganjurkan Karnival Sukan Bola Sepak dan Badminton (GAMEFAST ’20) pada 22 dan 23 Februari 2020 yang lalu bertempat di Kampus Nilai, USIM. Penyertaan adalah daripada semua program FST iaitu program Bioteknologi Makanan (FB), Fizik Gunaan (FG), Teknologi Kimia Industri (TKI), Keselamatan dan Jaminan Maklumat (ISA), Matematik Kewangan (FM) dan Sains Aktuari & Pengurusan Risiko (ASRM). Penyertaan jemputan termasuk lah daripada Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) serta daripada kakitangan. FKAB telah berjaya merangkul emas untuk bola sepak manakala perak dan gangsa masing-masing dimenangi oleh Kakitangan dan program ISA. Pasukan kakitangan telah berjaya mempertahankan emas untuk badminton manakala FKAB menyandang perak. Gangsa dimenangi oleh pasukan dari program FG. Majlis Penutup GAMEFAST telah disempurnakan oleh Timbalan Dekan Fakulti Sains Teknologi (HEPA), Prof. Madya Dr. Ahmad Nazrul Rosli.

2020-12-20T01:46:31+00:00