Fizik gunaan adalah terma umum untuk fizik yang digunakan untuk teknologi atau praktik tertentu. Fizik gunaan ini berbeza daripada kejuruteraan, di mana ahli fizik biasanya tidak merekabentuk sesuatu yang khusus, tetapi menggunakan fizik atau menggunakan penyelidikan fizik untuk mengembangkan teknologi baru atau menyelesaikan masalah kejuruteraan. Program ini direka untuk melatih graduan yang memenuhi keperluan industri serta mampu melaksanakan projek berorientasikan industri. Kami menawarkan enam bidang iaitu Sains Bahan, Fotonik, Mikroelektronik, Fizik Komputeran, Fizik Tenaga dan Fizik Perubatan.
Objektif utama Program Fizik Gunaan adalah untuk melahirkan graduan yang berpengetahuan, berkemahiran dan mampu mengintegrasikan pengetahuan Fizik Gunaan yang berkaitan dengan mengambil kira aspek etika dan tanggungjawab sosial.
- PEO1: Pengamal fizik gunaan yang dapat menggunakan pengetahuan Fizik Gunaan bagi menyumbang penyelesaian kepada isu teknikal serta memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada ummah (LO1, LO2, LO6);
- PEO2: Pengamal fizik gunaan yang mampu memimpin serta berkomunikasi dengan berkesan dalam kalangan rakan professional pelbagai disiplin (LO3, LO5);
- PEO3: Pengamal fizik gunaan berintegriti yang sentiasa prihatin terhadap isu alam sekitar, sosial dan ekonomi (LO4); dan
- PEO4: Pengamal fizik gunaan yang sentiasa mencabar diri untuk meningkatkan keluasan intelektual mereka dalam pelbagai bidang sains melalui komunikasi media baharu dalam mewujudkan peluang-peluang perniagaan dan pekerjaan (LO8, LO7).
Graduan BSc dengan Kepujian (Fizik Gunaan) mampu:
- PO1: Menunjukkan amalan pengetahuan dalam memahami konsep, teori dan aplikasi berkaitan fizik gunaan.
- PO2: Menjalankan eksperimen, menggunakan teknik dan peralatan makmal saintifik yang sesuai serta menganalisis dan menginterpretasikan data untuk kegunaan kajian dalam bidang Fizik Gunaan.
- PO3: Mempunyai akauntabiliti sosial sebagai seorang yang terpelajar.
- PO4: Mampu menunjukkan pemahaman dan kesedaran akan asas pengkormesilan, etika dan perundangan serta isu-isu sosial yang berkaitan dengan bidang fizik gunaan berteraskan ilmu Naqli dan Aqli.
- PO5: Berupaya berkomunikasi dengan baik dalam pasukan serta menunjukkan kemahiran kepimpinan dan profesionalisme.
- PO6: Mampu menyelesaikan masalah secara analitikal menggunakan kemahiran saintifik.
- PO7: Mendapatkan dan menyebarkan maklumat saintifik yang berkaitan dengan bidang Fizik Gunaan serta menunjukkan kemahuan untuk pembelajaran sepanjang hayat.
- PO8: Mempunyai kemahiran keusahawanan serta mampu mencari peluang dan memulakan rancangan perniagaan secara inovatif.
Graduan Fizik Gunaan mempunyai pelbagai peluang pekerjaan samaada dalam sektor swasta mahupun kerajaan, di mana mereka boleh menggunakan pengetahuan dan menggunakan kemahiran menyelesaikan masalah. Setelah graduasi, sebahagian ahli fizik bekerja dalam sektor penyelidikan dan pembangunan, kejuruteraan dan juga teknologi maklumat. Manakala sebahagian lagi akan menceburi bidang yang merentasi disiplin seperti menyelesaikan masalah industri dan kejuruteraan yang dihadapi dengan penggunaan ilmu fizik.