Message From The Dean

/Message From The Dean
Message From The Dean 2019-01-02T10:30:03+00:00

Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdullilah, Syukur kehadrat Allah Subhanawata’ala,

Fakulti Sains & Teknologi (FST) telah ditubuhkan pada 1 Disember 2003 dan telah memulakan program sulungnya pada Jun 2004. Mulai Julai 2006, FST telah memperkenalkan enam program sebagai pilihan kepada para pelajar. Bertepatan dengan visi dan misi USIM yang berintegrasikan Naqli dan Aqli, FST turut sama mempraktikkannya dalam struktur kurikulumnya.

Integrasi Naqli dan Aqli yang dikategorikan kepada empat mustawa (peringkat) iaitu ayatization, comparison, adaptationdan integration bukan sahaja digunakan sebagai pemangkin kepada keseimbangan pelajar dan kecemerlangan staf akademik, malahan sebagai kayu pengukur kepada penyelidikan dan aktiviti komuniti yang diadakan.

FST sangat mengambil berat akan paduan di antara ilmu Naqli dan Aqli serta budi pekerti di mana ianya merupakan teras utama bagi membentuk generasi cemerlang dan masyarakat berilmu.

Diharapkan dengan lahirnya tenaga akademik, program dan pelajar berteraskan Naqli dan Aqli ini, FST akan terus terdorong dalam suasana akademik baru dan akan melonjak pantas untuk mencapai kejayaan yang lebih terserlah di masa akan datang.

Ikhlas dari,

 

Prof. Dr. Rosalina Abdul Salam

Dekan
Fakulti Sains & Teknologi

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)