PELAJAR BAHARU FST BERSEDIA HADAPI CABARAN

NILAI, 8 September 2017 - Seramai 460 pelajar tahun baharu satu Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Sains Islam Malaysia berhimpun di Dewan Tuanku Canselor sempena minggu Taaruf peringkat fakulti. Sesi yang turut dihadiri para pensyarah, staf pentadbiran dan Sekretariat Pelajar Fakulti Sains dan Teknologi (Sekrefast) bertujuan untuk memperkenalkan struktur organisasi fakulti, sejarah dan juga program akademik dan aktiviti pelajar.

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Dekan FST, Prof Madya Dr Azwani Sofia Ahmad Khiar yang menekankan berkenaan sikap pelajar untuk terus berjaya dikala cabaran global yang semakin sukar.

Seterusnya pelajar diterangkan berkenaan aktiviti-aktiviti di FST oleh Timbalan Dekan (Pembangunan Pelajar dan Pengurusan Prestasi) Dr Ahmad Nazrul Rosli. Beliau menekankan legasi kejayaan pelajar-pelajar FST yang wajar diteruskan oleh pelajar-pelajar baharu baik dari sukan hingga ke pencapaian antarabangsa. Selain itu, penekanan berkenaan skor GIINA yang menjadi penilaian USIM terhadap aktiviti libatsama pelajar.

Seterusnya, para pelajar dipecahkan mengikut program masing-masing untuk sesi taklimat bersama ketua program. Seramai 83 orang pelajar Bioteknologi Makanan, 80 orang pelajar Jaminan Keselamatan Maklumat, 84 orang pelajar Teknologi Kimia Industri, 76 orang pelajar Fizik Gunaan, 76 pelajar Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko serta 61 orang pelajar Matematik Kewangan dipertemukan dengan Ketua Program dan pensyarah masing-masing. Peluang ini digunakan untuk memperkenalkan pensyarah program serta penerangan berkenaan program tersebut. Ketua program juga menggunakan peluang ini untuk menonjolkan kelebihan program serta peluang kerjaya yang bakal pelajar ceburi apabila tamat pengajian.

Diharapkan pelajar-pelajar Sarjana Muda Sains tahun satu ini kekal bersemangat dan focus dalam menuntut ilmu.

Statistik pengambilan baru:
Bioteknologi Makanan - 83 orang
Jaminan dan Keselamatan Maklumat - 80
Teknologi Kimia Industri - 84
Fizik Gunaan - 76
Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko - 76
Matematik Kewangan - 61

 FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6510/6512, Faks: +606-798 6566/6516,