Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian (Fizik Gunaan)

Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian (Fizik Gunaan)

Pengenalan:

Fizik gunaan adalah terma umum untuk fizik yang digunakan untuk teknologi atau praktik tertentu. Fizik gunaan ini berbeza daripada kejuruteraan, di mana ahli fizik biasanya tidak merekabentuk sesuatu yang khusus, tetapi menggunakan fizik atau menggunakan penyelidikan fizik untuk mengembangkan teknologi baru atau menyelesaikan masalah kejuruteraan. Program ini direka untuk melatih graduan yang memenuhi keperluan industri serta mampu melaksanakan projek berorientasikan industri. Kami menawarkan enam bidang iaitu Sains Bahan, Fotonik, Mikroelektronik, Fizik Komputeran, Fizik Tenaga dan Fizik Perubatan.


Objektif Pembelajaran :

Objektif utama Program Fizik Gunaan adalah untuk melahirkan graduan yang berpengetahuan, berkemahiran  dan  mampu  mengintegrasikan  pengetahuan  Fizik Gunaan   yang berkaitan dengan mengambil kira aspek etika dan tanggungjawab sosial.

  • PEO1: Pengamal  fizik  gunaan  yang  dapat  menggunakan  pengetahuan  Fizik  Gunaan  bagi menyumbang  penyelesaian  kepada  isu  teknikal  serta memberikan  perkhidmatan  yang terbaik kepada ummah (LO1, LO2, LO6);
  • PEO2: Pengamal  fizik  gunaan  yang  mampu  memimpin  serta  berkomunikasi  dengan  berkesan dalam kalangan rakan professional pelbagai disiplin (LO3, LO5);
  • PEO3: Pengamal fizik gunaan berintegriti yang sentiasa prihatin terhadap isu alam sekitar, sosial dan ekonomi (LO4); dan
  • PEO4: Pengamal  fizik  gunaan  yang  sentiasa  mencabar  diri  untuk  meningkatkan  keluasan intelektual mereka dalam pelbagai bidang sains melalui komunikasi media baharu dalam mewujudkan peluang-peluang perniagaan dan pekerjaan (LO8, LO7). 

Hasil Pembelajaran Program (PO)

Graduan BSc dengan Kepujian (Fizik Gunaan) mampu:

  • PO1: Menunjukkan  amalan  pengetahuan  dalam  memahami  konsep,  teori  dan aplikasi berkaitan fizik gunaan.
  • PO2: Menjalankan  eksperimen,  menggunakan  teknik  dan  peralatan  makmal  saintifik yang sesuai serta menganalisis dan menginterpretasikan data untuk  kegunaan kajian dalam bidang Fizik Gunaan.
  • PO3: Mempunyai akauntabiliti sosial sebagai seorang yang terpelajar.
  • PO4: Mampu  menunjukkan  pemahaman  dan  kesedaran  akan  asas pengkormesilan,  etika  dan  perundangan  serta  isu-isu  sosial  yang  berkaitan dengan bidang fizik gunaan berteraskan ilmu naqli dan aqli.
  • PO5:  Berupaya  berkomunikasi  dengan  baik  dalam  pasukan  serta  menunjukkan  kemahiran kepimpinan dan profesionalisme.
  • PO6: Mampu  menyelesaikan  masalah  secara  analitikal  menggunakan  kemahiran saintifik.
  • PO7: Mendapatkan  dan  menyebarkan  maklumat  saintifik  yang  berkaitan  dengan  bidang  Fizik  Gunaan  serta menunjukkan  kemahuan  untuk  pembelajaran sepanjang hayat.
  • PO8: Mempunyai  kemahiran  keusahawanan  serta  mampu  mencari  peluang  dan memulakan rancangan perniagaan secara inovatif.

Peluang Pekerjaan :

Graduan Fizik Gunaan mempunyai pelbagai peluang pekerjaan samaada dalam sektor swasta mahupun kerajaan, di mana mereka boleh menggunakan pengetahuan dan menggunakan kemahiran menyelesaikan masalah. Setelah graduasi, sebahagian ahli fizik bekerja dalam sektor penyelidikan dan pembangunan, kejuruteraan dan juga teknologi maklumat. Manakala sebahagian lagi akan menceburi bidang yang merentasi disiplin seperti menyelesaikan masalah industri dan kejuruteraan yang dihadapi dengan penggunaan ilmu fizik.

Struktur Kurikulum Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian (Fizik Gunaan)

 FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6510/6512, Faks: +606-798 6566/6516,