Artikel

Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian (Matematik Kewangan)

Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian (Matematik Kewangan)

Pengenalan

Kewangan matematik merupakan aplikasi kaedah matematik lanjutan kepada pasaran kewangan dan pengurusan kewangan, menggunakan teknologi komputer lanjutan untuk meramal tingkahlaku pasaran dan mencadangkan strategi untuk pelaburan.

Dewasa ini, bank dan institusi kewangan lain biasanya menggunapakai teknik matematik dan teori kewangan untuk mendapatkan faedah kompetitif. Model matematik di gunakan untuk meramalkan pulangan, mengukur risiko dan nilai urusniaga yang lebih hebat. Kaedah program yang di bangunkan, serta di bantu oleh teknologi komputer lanjutan, merupakan peralatan yang sesuai untuk pedagang dan pengurus portfolio. Perkembangan ini telah membawa kepada permintaan yang hebat terhadap siswazah yang mempunyai pengetahuan dalam matematik kewangan.

Matematik kewangan boleh membantu Malaysia untuk menjadi lebih kompetitif dalam menangani permasalahan berkaitan dengan perdagangan, pelaburan, pemasaran antarabangsa dan globalisasi. Mereka yang berminat menceburi bidang ini perlu mempunyai skil dan minat yang tinggi terhadap matematik, ekonomi dan kewangan.

 

Objektif Program:

Program Matematik Kewangan akan menghasilkan Penganalisis Kewangan yang akan:

  • PEO1: dapat menggunakan pengetahuan, kemahiran praktikal dan teknikal untuk memberikan perkhidmatan kepada negara dan masyarakat (LO1, LO2);
  • PEO2: mampu memimpin serta dapat bekerja dalam pasukan bagi memenuhi tanggungjawab sosial serta menyelesaikan masalah melalui komunikasi yang berkesan (LO3, LO5, LO6);
  • PEO3: sentiasa berusaha meningkatkan pengetahuan dan berkebolehan mengenalpasti peluang perniagaan yang berdaya saing (LO7, LO8); dan
  • PEO4: mengamalkan nilai-nilai etika dan profesional dalam memberikan perkhidmatan (LO4).

Pada akhir program ini, pelajar akan mampu untuk:

  • PO1: Mendapatkan serta menggunakan ilmu pengetahuan teras dan lanjutan dalam bidang matematik kewangan (LO1);
  • PO2: Menganalisis dan menginterpretasikan data untuk kegunaan kajian dalam bidang matematik kewangan melalui kemahiran praktikal dan teknikal (LO2);
  • PO3: Mempunyai akauntabiliti sosial serta bertanggungjawab (LO3);
  • PO4: Menegakkan etika dan tanggungjawab profesional secara komited (LO4);
  • PO5: Berkomunikasi secara berkesan serta dan menunjukkan kemahiran kepimpinan dalam persekitaran kerja berpasukan (LO5).
  • PO6: Berfikir secara kritis dalam mengenalpasti, menganalisis dan menyelesaikan masalah yang melibatkan bidang berkaitan dalam kewangan (LO6).
  • PO7: Mendapatkan dan menyebarkan maklumat yang berkaitan matematik kewangan serta menunjukkan kemahuan untuk pembelajaran sepanjang hayat (LO7).
  • PO8: Meneroka bidang keusahawanan dan pengurusan (LO8).

Peluang Kerjaya:

Siswazah dalam bidang Matematik Kewangan mempunyai peluang kerjaya yang lebih luas terutama sekali di bank pelaburan dan komersial, firma pelaburan dan broker, syarikat insuran, firma perakaunan dan perundingan, jabatan treasuri bagi korporasi bukan-kewangan, institusi awam dan organisasi antarabangsa, serta vendor teknologi dan perisian yang menyediakan produk dan perkhidmatan kepada industri kewangan.

Struktur Kurikulum Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian (Matematik Kewangan), 2017/2018

 FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6510/6512, Faks: +606-798 6566/6516,