Artikel

Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian (Bioteknologi Makanan)

Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian (Bioteknologi Makanan)

Pengenalan

Bioteknologi telah lama digunakan di dalam pembuatan dan pemprosesan makanan seperti penghasilan tapai, tempe, roti, kicap, mentega dan cuka melalui proses fermentasi. Secara keseluruhan, bioteknologi boleh di definisikan sebagai penggunaan teknik biologi di dalam pemprosesan dan analisis makanan. Di dalam kontek ini, USIM menjurus kepada kepakaran di dalam bioteknologi makanan yang menggunakan teknik terkini seperti rekombinan DNA (rDNA) dan bioproses novel yang berpotensi untuk menghasilkan produk baru yang mempunyai kriteria yang dapat memenuhi kehendak pengguna.

 

Objektif Pembelajaran

Setelah menamatkan pengajian, graduan akan menjadi:

  1. Pengamal bioteknologi makanan yang mampu mensistesis dan mengaplikasikan pengetahuan serta menggunakan pengalaman di dalam makmal untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang berkualiti kepada agensi kerajaan, institusi penyelidikan dan industri berasaskan makanan.
  2. Pengamal bioteknologi makanan yang mampu memimpin dan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah dari pelbagai disiplin melalui komunikasi yang efektif.
  3. Pengamal bioteknologi makanan yang mampu menambah ilmu pengetahuan  dan kebolehan mereka dengan menggunakan ICT untuk mengekplorasi peluang perniagaan di dalam industri berasaskan  makanan.
  4. Pengamal bioteknologi makanan yang mempunyai kebolehan untuk mengamalkan nilai-nilai etika dan professional dalam menyediakan perkhidmatan berasaskan makanan.

 

Peluang Pekerjaan

Graduan program ini boleh menempatkan diri dalam pekerjaan yang melibatkan industri pembuatan dan penghasilan makanan, pemasaran, pertanian, farmasi, perubatan, perbankan, perniagaan dan perdagangan. Mereka juga mempunyai pilihan untuk menjadi usahawan atau bekerja di dalam sektor awam seperti institusi penyelidikan, pendidikan dan penguatkuasaan.

Struktur Kurikulum Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Bioteknologi Makanan)

 FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6510/6512, Faks: +606-798 6566/6516,