Sarjana Muda Sains Komputer Dengan Kepujian (Keselamatan & Jaminan Maklumat)

Sarjana Muda Sains Komputer Dengan Kepujian (Keselamatan & Jaminan Maklumat)

Pengenalan :

Sains komputer adalah bidang yang harus dikembangkan dalam rangka meningkatkan ilmu pengetahuan dan teknologi maklumat dalam tekno-sosial-ekonomi pendidikan dan pembangunan penyelidikan. Manfaatnya adalah untuk mempercepat akumulasi, pemprosesan dan analisis serta penyebaran maklumat dapat dilakukan dengan cekap dan tepat. Hal ini akan memberikan kesan yang signifikan terhadap perkembangan tekno-sosial-ekonomi dan kestabilan negara, terutama dalam menghadapi persaingan melalui industri pembuatan dan perdagangan antarabangsa serta globalisasi. Malangnya, intrusi dalam industri komputer tampaknya menjadi fenomena yang biasa dialami oleh organisasi. Dengan demikian, komputer dan jaminan keselamatan maklumat amat penting untuk semua organisasi kerajaan, swasta dan orang perseorangan.

 

Objektif Program :

Program Keselamatan dan Jaminan Maklumat akan menghasilkan Pengamal Saintis Komputer yang:
  • PEO1: dapat menggunakan pengetahuan, prinsip dan kemahiran dalam Sains Komputer bagi menyelesaikan masalah secara kritis selari dengan prinsip-prinsip Islam bagi menyumbang kepada pembangunan ummah, negara dan kemajuan dunia sejagat. (LO1, LO6).
  • PEO2: mahir dalam matematik, kemahiran saintifik dan teori pengetahuan pengkomputeran bagi menganalisa, membuat permodelan, merekabentuk, membangunkan dan menilai penyelesaian pengkomputeran melalui pemahaman antara teori dan praktikal Sains Komputer. (LO2).
  • PEO3: mampu berkomunikasi, memimpin, bekerja dalam pasukan serta mempunyai kesedaran sosial, etika mengikut syariah Islam. (LO3, LO4, LO5).
  • PEO4: mampu membangunkan kerjaya dan penyelidikan melalui penerokaan peluang perniagaan melalui pembelajaran sepanjang hayat untuk pembangunan ummah (LO7, LO8).

Peluang Kerjaya :

Lulusan dalam bidang ini boleh menyertai industri komunikasi, multimedia, telekomunikasi, kewangan, perbankan, keselamatan, dana, dana perwalian, takaful, insurans, pengurusan, perdagangan, fabrikasi komputer, perisian, teknologi maklumat, perundingan, perlombongan, pengangkutan (darat, laut dan udara). Selain itu, mereka juga boleh menjadi pengusaha, pemegang francais atau bekerja di sektor awam.

 

Struktur Kurikulum Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian (Keselamatan & Jaminan Maklumat) 2016/2017

 

Struktur Kurikulum Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian (Keselamatan & Jaminan Maklumat) 2017/2018

Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian (Matematik Kewangan)

Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian (Matematik Kewangan)

Pengenalan

Kewangan matematik merupakan aplikasi kaedah matematik lanjutan kepada pasaran kewangan dan pengurusan kewangan, menggunakan teknologi komputer lanjutan untuk meramal tingkahlaku pasaran dan mencadangkan strategi untuk pelaburan.

Dewasa ini, bank dan institusi kewangan lain biasanya menggunapakai teknik matematik dan teori kewangan untuk mendapatkan faedah kompetitif. Model matematik di gunakan untuk meramalkan pulangan, mengukur risiko dan nilai urusniaga yang lebih hebat. Kaedah program yang di bangunkan, serta di bantu oleh teknologi komputer lanjutan, merupakan peralatan yang sesuai untuk pedagang dan pengurus portfolio. Perkembangan ini telah membawa kepada permintaan yang hebat terhadap siswazah yang mempunyai pengetahuan dalam matematik kewangan.

Matematik kewangan boleh membantu Malaysia untuk menjadi lebih kompetitif dalam menangani permasalahan berkaitan dengan perdagangan, pelaburan, pemasaran antarabangsa dan globalisasi. Mereka yang berminat menceburi bidang ini perlu mempunyai skil dan minat yang tinggi terhadap matematik, ekonomi dan kewangan.

 

Objektif Program:

Program Matematik Kewangan akan menghasilkan Penganalisis Kewangan yang akan:

  • PEO1: dapat menggunakan pengetahuan, kemahiran praktikal dan teknikal untuk memberikan perkhidmatan kepada negara dan masyarakat (LO1, LO2);
  • PEO2: mampu memimpin serta dapat bekerja dalam pasukan bagi memenuhi tanggungjawab sosial serta menyelesaikan masalah melalui komunikasi yang berkesan (LO3, LO5, LO6);
  • PEO3: sentiasa berusaha meningkatkan pengetahuan dan berkebolehan mengenalpasti peluang perniagaan yang berdaya saing (LO7, LO8); dan
  • PEO4: mengamalkan nilai-nilai etika dan profesional dalam memberikan perkhidmatan (LO4).

Pada akhir program ini, pelajar akan mampu untuk:

  • PO1: Mendapatkan serta menggunakan ilmu pengetahuan teras dan lanjutan dalam bidang matematik kewangan (LO1);
  • PO2: Menganalisis dan menginterpretasikan data untuk kegunaan kajian dalam bidang matematik kewangan melalui kemahiran praktikal dan teknikal (LO2);
  • PO3: Mempunyai akauntabiliti sosial serta bertanggungjawab (LO3);
  • PO4: Menegakkan etika dan tanggungjawab profesional secara komited (LO4);
  • PO5: Berkomunikasi secara berkesan serta dan menunjukkan kemahiran kepimpinan dalam persekitaran kerja berpasukan (LO5).
  • PO6: Berfikir secara kritis dalam mengenalpasti, menganalisis dan menyelesaikan masalah yang melibatkan bidang berkaitan dalam kewangan (LO6).
  • PO7: Mendapatkan dan menyebarkan maklumat yang berkaitan matematik kewangan serta menunjukkan kemahuan untuk pembelajaran sepanjang hayat (LO7).
  • PO8: Meneroka bidang keusahawanan dan pengurusan (LO8).

Peluang Kerjaya:

Siswazah dalam bidang Matematik Kewangan mempunyai peluang kerjaya yang lebih luas terutama sekali di bank pelaburan dan komersial, firma pelaburan dan broker, syarikat insuran, firma perakaunan dan perundingan, jabatan treasuri bagi korporasi bukan-kewangan, institusi awam dan organisasi antarabangsa, serta vendor teknologi dan perisian yang menyediakan produk dan perkhidmatan kepada industri kewangan.

Struktur Kurikulum Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian (Matematik Kewangan), 2017/2018

Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian (Teknologi Kimia Industri)

Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian (Teknologi Kimia Industri)

Pengenalan

Prinsip kimia membentuk asas untuk kebanyakan proses dan produk. Sejajar dengan itu,  program ini direkabentuk untuk menyiapkan graduan yang memenuhi keperluan industri dan mampu untuk menjalankan projek berorientasikan industri. Graduan secara amnya dilengkapkan dengan pengetahuan di dalam bidang unit operasi dan proses kimia, asas kimia, matematik dan statistik, dasar dan latihan di dalam bidang persekitaran, kesihatan dan keselamatan, sistem proses dan kawalan serta instrumentasi makmal untuk membantu graduan memahami operasi industri kimia moden.

 

Objektif Pembelajaran

Setelah menamatkan pengajian, graduan akan menjadi:

  • PEO1: Ahli teknologi kimia yang mempunyai pengetahuan, pemahaman dan pengalaman teknologi serta kemahiran praktikal yang menyumbang ke arah perkhidmatan dan produk berkualiti kepada industri berkaitan kimia, agensi swasta dan organisasi kerajaan (PLO1, PLO2).
  • PEO2: Ahli teknologi kimia yang memimpin dalam menyelesaikan masalah sosial dan persekitaran secara berpasukan dengan beretika dan profesional melalui komunikasi secara berkesan (PLO3, PLO4, PLO5, PLO6).
  • PEO3: Ahli teknologi kimia yang meningkatkan pengetahuan dalam pengurusan informasi saintifik secara berterusan bagi meneroka peluang keusahawanan dalam industri berkaitan kimia (PLO7, PLO8).

Setelah selesai pengajian, pelajar perlu berupaya untuk:

  • PLO1: Mengaplikasi pengetahuan kimia dalam industri berkaitan kimia.
  • PLO2: Menjalankan eksperimen, mengendalikan peralatan makmal dan menginterpretasi data.
  • PLO3: Mempunyai akauntabiliti sosial sebagai seorang yang terpelajar.
  • PLO4: Menunjukkan nilai murni, etika, profesionalisme dalam tugas yang berkaitan dengan bidang Kimia Industri serta mengintegrasikan dengan ilmu naqli dan aqli.
  • PLO5: Mempamerkan kemahiran berkomunikasi dengan baik serta kemahiran kepimpinan dan bekerjasama dalam pasukan dalam pembangunan industri berkaitan kimia.
  • PLO6: Menyelesaikan masalah secara kritikal dan menganalisa impak penyelesaian secara saintifik.
  • PLO7: Memperoleh dan menyampaikan maklumat saintifik yang berkaitan dengan bidang teknologi kimia industri di samping mempamerkan kebolehan pembelajaran sepanjang hayat.
  • PLO8: Mempamerkan kemahiran pengurusan yang menjurus ke arah keusahawanan dalam industri berkaitan kimia.

Peluang Pekerjaan

Selepas menamatkan pengajian, pelbagai peluang pekerjaan yang boleh dipilih samada di dalam sektor swasta mahupun kerajaan dimana mereka boleh mengaplikasikan pengetahuan kimia dan teknik penyelesaian masalah yang luas. Sebagai graduan program ini, graduan terbuka untuk memasuki pelbagai posisi di dalam industri seperti agrokimia, bioteknologi, farmasi, geokimia, logam dan mineralogi, minyak dan gas, kesihatan dan pemakanan, perubatan, pembuatan dan penghasilan tenaga. Mereka juga boleh bekerja di dalam sektor seperti kejuruteraan, pendidikan, penulisan teknikal, perisian komputer dan peralatan, dasar kerajaan dan akta, sains forensik dan makmal industri.

 

Struktur Kurikulum Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Teknologi Kimia Industri)

Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian (Fizik Gunaan)

Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian (Fizik Gunaan)

Pengenalan:

Fizik gunaan adalah terma umum untuk fizik yang digunakan untuk teknologi atau praktik tertentu. Fizik gunaan ini berbeza daripada kejuruteraan, di mana ahli fizik biasanya tidak merekabentuk sesuatu yang khusus, tetapi menggunakan fizik atau menggunakan penyelidikan fizik untuk mengembangkan teknologi baru atau menyelesaikan masalah kejuruteraan. Program ini direka untuk melatih graduan yang memenuhi keperluan industri serta mampu melaksanakan projek berorientasikan industri. Kami menawarkan enam bidang iaitu Sains Bahan, Fotonik, Mikroelektronik, Fizik Komputeran, Fizik Tenaga dan Fizik Perubatan.


Objektif Pembelajaran :

Objektif utama Program Fizik Gunaan adalah untuk melahirkan graduan yang berpengetahuan, berkemahiran  dan  mampu  mengintegrasikan  pengetahuan  Fizik Gunaan   yang berkaitan dengan mengambil kira aspek etika dan tanggungjawab sosial.

  • PEO1: Pengamal  fizik  gunaan  yang  dapat  menggunakan  pengetahuan  Fizik  Gunaan  bagi menyumbang  penyelesaian  kepada  isu  teknikal  serta memberikan  perkhidmatan  yang terbaik kepada ummah (LO1, LO2, LO6);
  • PEO2: Pengamal  fizik  gunaan  yang  mampu  memimpin  serta  berkomunikasi  dengan  berkesan dalam kalangan rakan professional pelbagai disiplin (LO3, LO5);
  • PEO3: Pengamal fizik gunaan berintegriti yang sentiasa prihatin terhadap isu alam sekitar, sosial dan ekonomi (LO4); dan
  • PEO4: Pengamal  fizik  gunaan  yang  sentiasa  mencabar  diri  untuk  meningkatkan  keluasan intelektual mereka dalam pelbagai bidang sains melalui komunikasi media baharu dalam mewujudkan peluang-peluang perniagaan dan pekerjaan (LO8, LO7). 

Hasil Pembelajaran Program (PO)

Graduan BSc dengan Kepujian (Fizik Gunaan) mampu:

  • PO1: Menunjukkan  amalan  pengetahuan  dalam  memahami  konsep,  teori  dan aplikasi berkaitan fizik gunaan.
  • PO2: Menjalankan  eksperimen,  menggunakan  teknik  dan  peralatan  makmal  saintifik yang sesuai serta menganalisis dan menginterpretasikan data untuk  kegunaan kajian dalam bidang Fizik Gunaan.
  • PO3: Mempunyai akauntabiliti sosial sebagai seorang yang terpelajar.
  • PO4: Mampu  menunjukkan  pemahaman  dan  kesedaran  akan  asas pengkormesilan,  etika  dan  perundangan  serta  isu-isu  sosial  yang  berkaitan dengan bidang fizik gunaan berteraskan ilmu naqli dan aqli.
  • PO5:  Berupaya  berkomunikasi  dengan  baik  dalam  pasukan  serta  menunjukkan  kemahiran kepimpinan dan profesionalisme.
  • PO6: Mampu  menyelesaikan  masalah  secara  analitikal  menggunakan  kemahiran saintifik.
  • PO7: Mendapatkan  dan  menyebarkan  maklumat  saintifik  yang  berkaitan  dengan  bidang  Fizik  Gunaan  serta menunjukkan  kemahuan  untuk  pembelajaran sepanjang hayat.
  • PO8: Mempunyai  kemahiran  keusahawanan  serta  mampu  mencari  peluang  dan memulakan rancangan perniagaan secara inovatif.

Peluang Pekerjaan :

Graduan Fizik Gunaan mempunyai pelbagai peluang pekerjaan samaada dalam sektor swasta mahupun kerajaan, di mana mereka boleh menggunakan pengetahuan dan menggunakan kemahiran menyelesaikan masalah. Setelah graduasi, sebahagian ahli fizik bekerja dalam sektor penyelidikan dan pembangunan, kejuruteraan dan juga teknologi maklumat. Manakala sebahagian lagi akan menceburi bidang yang merentasi disiplin seperti menyelesaikan masalah industri dan kejuruteraan yang dihadapi dengan penggunaan ilmu fizik.

Struktur Kurikulum Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian (Fizik Gunaan)

Syarat Kemasukan & Keperluan Minimum

Syarat Kemasukan & Keperluan Minimum

Bagi program yang ditawarkan oleh FST, syarat kemasukan yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:

Memenuhi syarat Am Universiti

serta

KEPERLUAN KHAS PROGRAM.

Lulus dengan sekurang-kurangnya Gred C (2.00) dari mana-mana satu mata pelajaran berikut di peringkat Tamhidi (atau yang setaraf dengannya):

  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • Matematik

dan

Kepujian dalam mata pelajaran berikut di peringkat SPM (atau yang setaraf dengannya):

  • Bahasa Malaysia
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab Komunikasi
  • Matematik atau Matematik Tambahan
  • Biologi atau Fizik atau Kimia
  • Dua daripada matapelajaran berikut:Pendidikan Islam atau Tassawur Islam atau Pendidikan Syariah Islamiah atau Pendidikan Al-Quran dan Sunnah

Telah memenuhi keperluan MUET sekurang-kurangnya Tahap 3 atau kelulusan setaraf bagi pemohon luar negara..

Selain daripada kelayakan akademik, sikap positif, aktif, cemerlang dalam kepimpinan dan pengetahuan am adalah diberi keutamaan.

 FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6510/6512, Faks: +606-798 6566/6516,