Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian (Bioteknologi Makanan)

Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian (Bioteknologi Makanan)

Pengenalan

Bioteknologi telah lama digunakan di dalam pembuatan dan pemprosesan makanan seperti penghasilan tapai, tempe, roti, kicap, mentega dan cuka melalui proses fermentasi. Secara keseluruhan, bioteknologi boleh di definisikan sebagai penggunaan teknik biologi di dalam pemprosesan dan analisis makanan. Di dalam kontek ini, USIM menjurus kepada kepakaran di dalam bioteknologi makanan yang menggunakan teknik terkini seperti rekombinan DNA (rDNA) dan bioproses novel yang berpotensi untuk menghasilkan produk baru yang mempunyai kriteria yang dapat memenuhi kehendak pengguna.

 

Objektif Pembelajaran

Objektif utama Program Bioteknologi Makanan adalah untuk melahirkan graduan yang berpengetahuan, berkemahiran dan mampu mengintegrasikan pengetahuan sains biologi dan teknologi makanan yang berkaitan dengan mengambil kira aspek etika dan tanggungjawab sosial.

Oleh itu, Program Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian (Bioteknologi Makanan) berusaha untuk mencapai matlamat atau objektif berikut:

  • PEO1: Melahirkan ahli bioteknologi makanan yang mempunyai pemahaman yang komprehensif dalam bidang bioteknologi makanan serta kompeten dalam kemahiran praktikal yang luas (LO1, LO2)
  • PEO2: Menghasilkan ahli bioteknologi makanan yang mampu memimpin dan melibatkan diri dalam kerja berpasukan bagi menyelesaikan masalah serta dapat memberikan sumbangan pengetahuan baru di dalam atau di luar bidang ilmu melalui kebolehan berkomunikasi secara berkesan (LO3, LO5, LO6)
  • PEO3: Menghasilkan ahli bioteknologi makanan yang mempunyai kesedaran tentang isu semasa dan kemajuan teknologi dalam bidang bioteknologi makanan dengan mengambil kira isu komersil, etika, sosial dan perundangan (LO4)
  • PEO4: Melahirkan ahli bioteknologi makanan yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kebolehan dengan memanfaatkan ICT bagi menghasilkan peluang perniagaan dalam industri makanan (LO7, LO8)

Pada akhir program ini, pelajar akan mampu untuk:

  • PO1: Menunjukkan pemahaman yang komprehensif dalam bidang Bioteknologi Makanan
  • PO2: Menjalankan eksperimen, serta menganalisis dan menginterpretasikan data untuk kegunaan kajian dalam bidang Bioteknologi Makanan
  • PO3: Mempunyai akauntabiliti sosial sebagai seorang yang terpelajar
  • PO4: Menunjukkan pemahaman dan kesedaran tentang isu asas komersil, etika, perundangan dan sosial yang berkaitan dengan bidang Bioteknologi Makanan dengan mengintegrasikan ilmu Naqli dan Aqli.
  • PO5: Berkomunikasi dengan baik serta mempunyai sikap kepimpinan dan bekerjasama di dalam sebuah pasukan
  • PO6: Menganalisis, mensistesis dan mengintergrasi pengetahuan dan maklumat  secara kritis dalam menyelesaikan masalah
  • PO7: Mendapatkan dan menyebarkan maklumat saintifik yang berkaitan dengan bidang Bioteknologi Makanan serta mengamalkan konsep pembelajaran sepanjang hayat
  • PO8: Mempunyai kemahiran keusahawanan serta mampu mencari peluang dan memulakan rancangan perniagaan.

 Peluang Pekerjaan

Graduan program ini boleh menempatkan diri dalam pekerjaan yang melibatkan industri pembuatan dan penghasilan makanan, pemasaran, pertanian, farmasi, perubatan, perbankan, perniagaan dan perdagangan. Mereka juga mempunyai pilihan untuk menjadi usahawan atau bekerja di dalam sektor awam seperti institusi penyelidikan, pendidikan dan penguatkuasaan.

Struktur Kurikulum Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Bioteknologi Makanan)

 FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6510/6512, Faks: +606-798 6566/6516,