Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian (Teknologi Kimia Industri)

Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian (Teknologi Kimia Industri)

Pengenalan

Prinsip kimia membentuk asas untuk kebanyakan proses dan produk. Sejajar dengan itu,  program ini direkabentuk untuk menyiapkan graduan yang memenuhi keperluan industri dan mampu untuk menjalankan projek berorientasikan industri. Graduan secara amnya dilengkapkan dengan pengetahuan di dalam bidang unit operasi dan proses kimia, asas kimia, matematik dan statistik, dasar dan latihan di dalam bidang persekitaran, kesihatan dan keselamatan, sistem proses dan kawalan serta instrumentasi makmal untuk membantu graduan memahami operasi industri kimia moden.

 

Objektif Pembelajaran

Setelah menamatkan pengajian, graduan akan menjadi:

  • Ahli teknologi kimia yang mampu mensistesis dan mengaplikasikan pengetahuan serta menggunakan pengalaman di dalam makmal untuk menyediakan produk yang berkualiti kepada industri berasaskan kimia, agensi swasta dan organisasi kerajaan.
  • Ahli teknologi kimia yang mampu memimpin dan bekerjasama dalam menyelesaikan masalah sosial dan persekitaran melalui komunikasi yang efektif.
  • Ahli teknologi kimia yang mampu menambah ilmu pengetahuan  dan kebolehan mereka dengan menggunakan ICT untuk mengekplorasi peluang perniagaan di dalam industri berasaskan  teknologi kimia.
  • Ahli teknologi kimia yang mengamalkan nilai-nilai etika dan professional dalam menyediakan perkhidmatan kepada pengguna dan penyedia kepada industri berasaskan kimia teknologi.

 

Peluang Pekerjaan

Selepas menamatkan pengajian, pelbagai peluang pekerjaan yang boleh dipilih samada di dalam sektor swasta mahupun kerajaan dimana mereka boleh mengaplikasikan pengetahuan kimia dan teknik penyelesaian masalah yang luas. Sebagai graduan program ini, graduan terbuka untuk memasuki pelbagai posisi di dalam industri seperti agrokimia, bioteknologi, farmasi, geokimia, logam dan mineralogi, minyak dan gas, kesihatan dan pemakanan, perubatan, pembuatan dan penghasilan tenaga. Mereka juga boleh bekerja di dalam sektor seperti kejuruteraan, pendidikan, penulisan teknikal, perisian komputer dan peralatan, dasar kerajaan dan akta, sains forensik dan makmal industri.

 

Struktur Kurikulum Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Teknologi Kimia Industri)

 FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6510/6512, Faks: +606-798 6566/6516,