Sarjana Muda Dengan Kepujian (Sains Aktuari&Pengurusan Risiko)

Sarjana Muda Dengan Kepujian (Sains Aktuari & Pengurusan Risiko)

Pengenalan:

Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko boleh di definisikan sebagai sains gunaan, khusus memberi fokus  keatas matematik dan statistik, ekonomi dan kewangan untuk menyelesaikan permasalahan kewangan yang melibatkan ketidakpastian dalam nilai. Pengetahuan sains aktuari akan menggunakan skil matematik dan kemahiran menghitung untuk mengenalpasti, menganalisis, dan menyelesaikan permasalahan dalam perniagaan dan sosial. Mereka yang ingin mengikuti program ini mestilah mempunyai minat dan kebolehan yang mendalam dalam matematik.

 

Objektif Pembelajaran:

  • Untuk menyampaikan pengetahuan dan skil dalam sains aktuari, takaful, insuran, matematik, statistik dan kewangan di samping menggunakan teknologi maklumat, pemprograman dan perisian komputer, selaras dengan perkembangan dalam skil komunikasi.
  • Untuk meningkat dan menambah tahap keyakinan dan berkeupayaan menyelesaikan kesemua permasalahan yang berkaitan dengan bidang matematik, kewangan, ekonomi dan pelaburan
  • Untuk menyediakan keperluan asas dalam peperiksaan profesional anjuran badan aktuari antarabangsa.

Pelajar adalah di galakkan untuk mengambil peperiksaan profesional, samada yang di anjurkan oleh Persatuan Aktuari di USA, Australia atau Kanada, atau Institut Aktuari di England, atau Fakulti Aktuari di Scotland. Mereka yang mempunyai kelayakan profesional akan lebih mudah di ambil bekerja dan mempunyai peluang yang lebih baik untuk mendapat gaji yang lebih tinggi.

 

Peluang Kerjaya:

Siswazah dalam bidang ini boleh memasuki industri takaful dan insuran, konsultansi, dana, sekuriti, stok, kewangan, perbankan, pemasaran, reinsuran, pelaburan, kapitalisasi, kesihatan, pengangkutan (darat, laut dan udara), perlombongan, minyak, perniagaan dan syarikat multinasional. Mereka juga boleh menjadi usahawan, pemegang francis atau bekerja di sektor awam (seperti di bank pusat, hasil dalam negara, kumpulan kewangan, trustee awam, atau pendidikan).

Struktur Kurikulum Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian (Sains Aktuari &Pengurusan Risiko)

 FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6510/6512, Faks: +606-798 6566/6516,