Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian (Fizik Gunaan)

Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian (Fizik Gunaan)

Pengenalan :

Fizik gunaan adalah terma umum untuk fizik yang digunakan untuk teknologi atau praktik tertentu. Fizik gunaan ini berbeza daripada kejuruteraan, di mana ahli fizik biasanya tidak merekabentuk sesuatu yang khusus, see tetapi menggunakan fizik atau menggunakan penyelidikan fizik untuk mengembangkan teknologi baru atau menyelesaikan masalah kejuruteraan. Program ini direka untuk melatih graduan yang memenuhi keperluan industri serta mampu melaksanakan projek berorientasikan industri. Kami menawarkan tiga bidang iaitu Sains Bahan,  Fotonik dan Mikroelektronik.

 

Objektif Pembelajaran :

Selesai program ini, graduan kami akan menjadi:

  • Pengamal fizik yang boleh mensistesis, menggunakan ilmu fizik dan matematik serta pengalaman makmal ke arah membina kecemerlangan ilmu dan umat
  • Pengamal fizik yang boleh mengenalpasti masalah, menjalankan eksperimen, menganalisis data dan membuat kesimpulan terhadap penemuan dengan penglibatan secara aktif sama ada berkumpulan atau secara individu menerusi kemahiran komunikasi berkesan.
  • Pengamal fizik yang memimpin dan mempunyai kemahiran pengurusan untuk analisis produk dan perkhidmatan serta meneroka peluang perniagaan di dalam industri berorientasikan sains
  • Pengamal fizik yang terus mendalami ilmu pengetahuan, mempunyai kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi yang baik dan mengamalkan nilai-nilai Islam dan etika professional dalam memberikan perkhidmatan kepada industri berorientasikan sains

 

Peluang Pekerjaan :

Graduan Fizik Gunaan mempunyai pelbagai peluang pekerjaan samaada dalam sektor swasta mahupun kerajaan, di mana mereka boleh menggunakan pengetahuan dan menggunakan kemahiran menyelesaikan masalah. Setelah graduasi, sebahagian ahli fizik bekerja dalam sektor penyelidikan dan pembangunan, kejuruteraan dan juga teknologi maklumat. Manakala sebahagian lagi akan menceburi bidang yang merentasi disiplin seperti menyelesaikan masalah industri dan kejuruteraan yang dihadapi dengan penggunaan ilmu fizik.

Struktur Kurikulum Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian (Fizik Gunaan)

 FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6510/6512, Faks: +606-798 6566/6516,